Monday, June 20, 2016

Hari ni genap 2 minggu kita berpuasa.  Alhamdulillah aku dapat menjalani ibadah puasa ni dengan tenang walaupun aku diduga dengan kesakitan yang dah lama menyembunyikan diri.

Kesakitan pertama adalah gastrik. Kira2 dua minggu sebelum Ramadhan aku mula diserang gastrik. Dah begitu lama aku tak kena gastrik ni, tiba2 dekat nak Ramadhan dia muncul pulak. Makan lambat tak boleh, pedas sikit pun tak boleh. Perut dan ulu hati pedih sekali.  Paling teruk masa berbaring kadang2 aku boleh rasa asid masam tu naik ke tekak.  Huhh parah. Waktu ni la aku berkawan dengan encik google .. cari sebab jadi begitu, akibat dan rawatan yang disarankan.  Dulu aku memang mengamalkan ubat2 hospital atau farmasi. Kali ni aku nak cari penawar dari bahan semulajadi pulok. Takut lah banyak sangat bahan kimia dah masuk dalam badan ni.

Akhirnya aku terjumpa supplement untuk penghidap gastrik. Supplement daripada gabungan daun barli, daun gandum, bayam, flaxseed, epal dan macam2 lagi bahan alami. Supplement ini didatangkan dalam bentuk serbuk.  Bancuh dengan air dan minum masa perut kosong sebelum bersahur. Rasanya?? Allah hu Rabbi ... sampai kembang kempis hidung aku nak menghabiskan segelas air warna hijau lumut tu.



Dengan izin Allah, semua asid dalam perut ku dapat dikawal.  Aku dapat puasa, dapat buat aktiviti harian dan aktiviti tambahan di bulan mulia ini dengan lebih sempurna. Nak makan sambal2 pun dah boleh hihihi.  Alhamdulillah.   

Kesakitan kedua yang menduga aku ialah sakit pinggang dan tulang belakang. Ini bukanlah penyakit baru. Aku pernah menulis tentang penderitaan aku pada tahun 2010 Slip Disc. Tetapi kesakitan tu dah terkawal, cuma sesekali datang balik. Selalunya dengan rehat yang cukup, mengubahsuai posisi tidur, mengurangkan aktiviti fizikal dan buat senaman yang diajar oleh pakar fisio tu, kesakitan akan beransur hilang dalam tempoh beberapa hari.

Kesakitan kali ini menyerang aku pada hari ke-12. Waktu tu hujan lebat sangat. Dari kereta kami berlari menuju ke masjid untuk mengelakkan basah kuyup. Kereta pulak kena parking agak jauh sebab parking di hadapan semua dah penuh. Inilah akibat selalu tiba lewat ke masjid untuk tarawih. Bayangkanlah makcik ni berlari hahahhahha.

Semasa tarawih rakaat ke-4 pinggang aku mula terasa sakit. Sakit itu semakin lama semakin ketara. Selepas solat witir ada tazkirah pulak. Aku segera mencari dinding2 kosong untuk menyandarkan badan. Terasa kaki kiri mula kebas. Sambil mendengar tazkirah, aku urut2 kaki sambil berselawat dan berdoa.  Ya Allah sembuhkanlah kesakitan ini.

Balik ke rumah aku cuba buat senaman yang diajar oleh unit fisio dan sapu minyak angin ke pinggang.  Aduhhhh bau minyak angin le pulok, Kesian kat Encik Somi.

Besuk malamnya aku hanya mampu untuk sembahyang Isya, solat sunat Ba'diyah dan tarawih 4 rokaat saja. Selepas tu pinggang aku terasa bagai dijerut2 di bahagian belakang. Tak ada pilihan lain, terpaksalah aku sembahyang atas kerusi. Huuu aku pun dah join grup makcik2 yang sakit lutut tu. Takper lah mereka semua umur dah hampir 70  tahun.

Cobaannnn!!!

Aku terus berdoa semoga keadaan kesihatan aku bertambah baik supaya ibadah dapat aku jalankan dengan lebih sempurna.  Bagi aku sujud merapatkan dahi ke lantai adalah nikmat paling utama dalam ibadah solat. Ya Allah, berikan balik nikmat itu kepada aku, aku nak bersujud di atas bumi Mu Ya Allah.




No comments: