Sunday, February 14, 2016

Rasa Kehilangan

Dulu anak tak kahwin, kita bimbang. Nak dia cepat2 bertemu jodoh. Tak kisahlah kurang hensem, anak orang kurang berada pun .. asalkan ada pendapatan tetap untuk tanggung keluarga, beriman dan rajin solat, baik pekerti dan hormat orang tua.  Paling penting boleh pimpin isteri dan anak2 ke jalan yang diredhoi Allah.

Alhamdulillah Kak Long sudahpun sah menjadi isteri orang. Lega rasanya. Selesailah tanggungjawab kami sebagai ibubapa melahir, membesarkan dia dengan penuh kasihsayang, memberikan pendidikan yang terbaik buatnya dan menyempurnakan jodoh untuknya.

Beberapa hari sebelum majlis pernikahan Kak Long, di dalam sujud solat hajat ku, aku menangis memohon bantuan Allah supaya memberikan yang terbaik untuk anak ini, permudahkan urusan pernikahannya, berkatilah jodohnya dan limpahkan rahmat Mu Ya Allah buat rumahtangga mereka.

semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan anakanda berdua
serta zuriat kenturunannya kelak. Aamiin

Selepas selesai akad nikah, Abah perlu melafazkan ikrar penyerahan tanggungjawab menjaga Kak Long kepada menantu kami Hafiz. Aku dengar suara Abah bergetar. Aku sendiri tak dapat menahan airmata mengalir, walau sebelum ini aku beritahu diri supaya kuat menghadapi saat ini. Lagipun terasa segan jugak, mamat jurugambar tu sentiasa jer nak cari moments special ibubapa pengantin nangis sedih heheheh.

walau  Abah nampak cool jer, di dalam hatinya siapalah yang tahu!!

Tapi selepas majlis perkahwinan barulah aku mula terasa kehilangan sebenar Kak Long.  Dia lebih banyak menghabiskan masa dengan Hafiz.  Pergi honey-moon 4 hari 3 malam, pergi rumah mertua 2 malam, pergi ziarah adikberadik belah suami.  Abah pujuk aku, nanti dia duduk dengan kita lepas honeymoon, janganlah bimbang. Tapi sudah tak sama, dulu sebelum kahwin, balik kerja berlepak2, berhimpit2 dengan aku dan adiknya. Sebelum ni, dia sentiasa ada di sisi aku. Asyik menggesel2 badan, meraba2 tubuh aku, bergurau sambil menepuk tampar kami. Paling terasa aku sunyi, tak dengar suara hilai tawanya lagi. Selepas ni tentu tak ada lagi aktiviti intim sebegitu.

walaupun Kak Long dah jadi isteri orang, ingatlah u are forever my adorable daughter

Lebih terasa bila aku tak nampak kelibat dia dan beberapa hari. Abah marah kat aku, ehh dulu dia duduk asrama, duduk U, kerja kat KL awak relaks jer?? Betul tu. Tapi dulu apa2 hal dia akan cari kita, kita sentiasa rasa diperlukan. Tapi sekarang dia dah ada suami, semua hal dia akan share dengan suami jer, bukan kita lagi!!!

Aku nangis dan terus nangis. Jangan tak tau waktu tulis ni pun airmata tak henti turunnya.Aku dah semakin hilang Kak Long. Perhatiannya terbahagi kepada banyak cabang, suami, keluarga mertua, keluarga aku dan kerjaya. Cemburu kah aku???  Terlalu emotional ke aku??

No comments: