Friday, October 23, 2015

Bila Ikatan Bertaut

Wah tahun inilah tahun yang paling meriah kami menyambut orang baru.  Bukan dapat babies!! Tahun tak ada pulak mana2 pasangan yang dapat babies baru dalam keluarga besar kami, samada di sebelah keluarga aku ataupun keluarga Abah. Tetapi tahun ni kami dapat 4 orang menantu baru, 2 dah sah, 2 lagi baru disunting hihihi.

Mula2 sekali adalah perkahwinan anak saudaraku Muaz dan Alia. Kedua2 mempelai ni masih belajar di Jepun dan pulang ke Malaysia semasa cuti semester baru2 ini.  Dalam tempoh sebulan semua perkara diatur untuk menjayakan majlis perkahwinan mereka. Muaz dan Alia akan tamat belajar pada tahun depan. Memandangkan mereka mempunyai perancangan untu melancong bersama selepas tamat belajar, mereka memohon restu untuk dinikahkan.


Perkara yang baik jangan disekat, sekiranya kedua mereka telah bersedia untuk bergelar suami isteri. Dalam majlis serba sederhana, mereka dinikahkan di rumah keluarga Alia di Kampar pada 3 Mei 2015. Pada keesukan harinya majlis sambut menantu pula diadakan di rumah kakakku, Yong di Chemor.

Tiga hari setelah selesai majlis, kedua mempelai bertolak balik ke Jepun untuk meneruskan pengajian.  Alhamdulillah selamat menjalani kehidupan berumahtangga. Agak2nya Muaz balik nanti bukan saja bawa ijazah kejuteraan tetapi baby juga kut...wink wink!!

Ini diikuti dengan majlis pertunangan anak saudara Abah iaitu Syazwan dan Alyssa pada 13 Jun 2015. Setelah 4 bulan bertunang, mereka diijabkabulkan di Alor Setar pada 15 Oktober yang lalu. Dengan sekali lafaz jer, sahlah Syazwan bergelar seorang suami.


Majlis kenduri perkahwinan kedua belah pihak akan diadakan pada bulan November akan datang. Alhamdulillah, selamat melayari alam berumahtangga.

Pada 26 September pulak, dilangsungkan majlis pertunangan antara Kak Long dan Muhammad Hafiz di kediaman kedua kami di Sungai Petani.  Dengan 5 dulang hantaran dari pihak lelaki berbalas 7 dulang dari kami, majlis berlangsung secara sederhana. Ianya dimulakan dengan majlis tahlil pada pukul 10 pagi dan diikuti majlis pertunangan pada pukul 12 tengah hari.  Alhamdulillah.


InsyaAllah majlis perkahwinan dijadualkan berlangsung pada bulan Februari tahun 2016. Kini sudah bermulalah marathon mencari wedding planner, caterer, dewan untuk melangsungkan majlis, goodies, senarai jemputan, DJ dan sebagainya.  Semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.  Aamiin.

Sepupu Kak Long pula, Ashila juga telah melangsungkan pertunangan dengan Efandi pada 10 Oktober yang lalu di Permatang Pauh. Amboii ... macam berjanji jer dua sepupu ni, berturut2 bulan mereka bertunang. Majlis pernikahan dijadualkan berlangsung pada bulan April 2016, insyaAllah.

Syukur kepada Allah kesemua majlis berjalan lancar walaupun secara sederhana belaka. Yang utamanya, majlis2 begini dapat mengumpulkan adikberadik yang kesemuanya sentiasa sibuk dengan urusan masing2.

Kita doakan kesemua pasangan akan dapat mengharungi alam berumahtangga dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan. Insyaallah berbekalkan iman, ilmu serta restu keluarga,  semoga jodoh berkekalan hingga ke Jannah.  Aamiin.  

No comments: