Friday, January 30, 2015

Krabi Yang Indah - 1 (23.1.2015)

Sudah begitu lama rasanya kami tidak pergi family trips. Semenjak anak2 belajar di IPTA dan bekerja ni, susah sungguh nak aturkan satu masa di mana semuanya bersedia untuk trip beramai2. Trip ke Krabi Thailand inipun kami atur secara tergesa2. Kaklong dapat cuti hanya sehari pada hari Jumaat. Puteri Bongsu pun tak ada kelas pada hari Jumaat. Set we go!!!

Perjalanan bermula seawal jam 5 pagi dari Perai. Kalau saja2 jangan haraplah anak2 dara ni nak bangun awal macam ni ... hehehhe.  Kami tiba di rumah Pakusu di Alor Setar jam 6.20 pagi dan terus menunaikan solat subuh. Pukul 7 pula, bersama keluarga Pakusu kami mula bergerak dan singgah di pekan Changlun untuk makan pagi.

Di sini 8 lagi anggota rombongan turut menyertai kami (1 kawan Izah, 4 anak saudara Makusu dan 3 kawan pejabat Pakusu). Jadi ada 19 orang  semuanya bersedia untuk perjalanan ke Krabi.  Urusan di pusat Imigresen Malaysia di Bukit Kayu Hitam dan Imigresen Thailand di Danok berjalan lancar, Alhamdulillah.   Semua 4 buah kereta yang kami bawa, disimpan di tempat letak kereta berhampiran Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam. Kami menyewa 2 buah van Thailand yang telah ditempah lebih awal. Pemandu kami seorang muda bernama Harun yang fasih berbahasa Melayu Pattani.

Tepat pukul 9.15 pagi kami memulakan perjalanan.  Sepanjang perjalanan tidak banyak pemandangan yang menarik. Di kiri kanan jalan hanya kelihatan ladang2 getah, kelapa sawit, perkampungan dan pekan2 kecil.  Rupanya ramai umat Islam mendiami bahagian selatan Thai arah ke Krabi dan Phuket ni. Sebelum ni aku ingat hanya di wilayah bergolak Pattani, Narathiwat, Yala dan Satun jer yang ramai penduduk Islam. Kebanyakan perempuannya memakai tudung. Kelihatan masjid di sepanjang jalan.  Kedai2 makan orang Islam pun banyak kelihatan di pekan2 kecil.

Kebanyakan papan tanda bertulis dalam bahasa Thai kecuali papan tunjuk arah.  Jalanraya di kebanyakan laluan adalah lurus dan mempunyai 2 lorong. Semua pemandunya memandu dengan laju tetapi mempunyai tahap toleransi yang tinggi.  Jarang sekali kedengaran bunyi hon atau marah2 apabila pemandu kenderaan lain mencelah2.  Kalau di Penang, ada yang akan tunjuk penumbuk.

Waktu di Thailand adalah lewat 1 jam dari Malaysia.  Kalau jam kita menunjukkan pukul 12 tengah hari, di Thailand baru pukul 11 pagi. Pukul 12.30 kami singgah di R&R Trang. Di sini makanan dijual oleh orang Islam, punya ruang solat lelaki dan perempuan yang berasingan dan luas. Paling penting tandasnya bersih dan banyak. Masakan mereka macam masakan kita juga. Ayam masak lemak cili padi, tomyam ayam, daging masak merah, sup sayur, ikan, ayam dan telor goreng, ulam2 dan sambal belacan.

Setelah 1 jam di sini, kami meneruskan semula perjalanan ke Krabi.  Maaf aku tidak pasti bagaimana pemandangan di sepanjang perjalanan kerana aku tertidur dengan nyenyaknya.  Malah penumpang yang lain pun semua tertidur akibat keletihan dan kekenyangan ... hahahaha. Mujurlah Harun kekal segar memandu dan akhirnya kami sampai ke destinasi di Sunda Resort yang terletak di kawasan Ao Nang Muang, Krabi pada pukul 3.30 petang.

Resort bercirikan senibina traditional ini terletak agak jauh dari pantai Ao Nang.  Untuk keluar atau masuk ke kawasan resort perlu menaiki kenderaan yang disediakan resort atau menyewa tuktuk. Kawasan persekitaran penuh dengan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan.  Terdapat beberapa jenis resort, 2 buah kolam renang dan restoran. Untuk lihat pelbagai kemudahan resort tersebut, klik jer kat sini Sunda Resort

Setelah selesai urusan check-in, kami semua bergegas ke bilik untuk berehat, mandi dan solat. Bilik geng muda terletak di hadapan kolam renang, manakala bilik geng veteran terletak di hujung sekali. Sudahlah kami veteran ni kurang stamina, kena berjalan jauh pulak. Waduhhh, ini sudah tidak adil!!!



Bilik kami sangat selesa dan menarik. Dengan 2 buah katil single, bilik dilengkapi dengan peti sejuk, tempat memasak air, TV, pendingin udara, pengering rambut, payung (persiapan apabila hujan, gunakan payung kalau nak berjalan ke lobi sebab laluan pejalan kaki tidak berbumbung), ubat nyamuk elektrik (mesti banyak nyamuk, keliling resort banyak sangat pokok) dan lampu picit (aduhh ... kerap blackout ke??).  Uncang minuman 3in1 dan mineral water diberi secara percuma.  Cuma aku agak kaget dengan 'finishing' dalam bilik mandi yang luas tu. Di tempat shower, ia masih kekal dengan simen tanpa tiles, sekali pandang seolah2 kerja pembinaan bilik mandi masih belum siap sepenuhnya. Rupa2nya memang ini identiti resort ini. Hiasan dalaman bilik mandi ni agak unik. Heheheh ada pokok2 bunga, buluh dan katak tiruan.  Seramm jer!!!


Pada pukul 7 malam (6 petang waktu Krabi), dengan menaiki van Sunda Resort kami bergerak ke persisiran pantai Ao Nang.  Di sepanjang pantai ni terdapat banyak kedai2 cenderamata, restoran, kelab2 malam, rumah2 penginapan/motels dan kedai serbanika yang lain. Kami bergambar dan lepak2 di sini memerhati keindahan matahari tenggelam di ufuk barat (bahasa sastera kau). Aku perhatikan begitu ramainya pelancong dari Eropah dan Amerika. Pelancong Malaysia pun ramai juga berjalan dalam kumpulan2 kecil.

Paling membuat kami terkejut ialah kemunculan 5 orang "wanita terlajak seksi" (pondan) yang bergerak lemah gemalai secara over pergi balik di hadapan kami. Mereka menghulur pamphlet yang memberitahu tentang show istimewa mereka.  Kalau berminat nak dapatkan khidmat spa dan massage pun boleh. Grrr!!

sempat bergambar dengan pelancong dari Chile


Pukul 9.30 malam kami bergerak ke Rakan Seafood & Thai Food, sebuah restoran yang menyajikan makanan orang Islam.  Sebenarnya banyak restoran menyajikan makanan halal di sepanjang pantai tetapi menurut pemandu resort kesemuanya mahal belaka. Sebenarnya makanan di restoran ni pun harganya boleh tahan juga,  Sepinggan nasi goreng sotong harganya THBaht100 (RM10). Biasanya kalau di Penang hanya RM4.50 jer. Alahai, dah lapar makan ajelah. Mujurlah makanannya sedap.

Tepat pukul 11 malam (10 malam waktu Krabi) kami kembali ke bilik masing2. Kami perlu berehat untuk aktiviti seterusnya esuk pagi.

Jommm tidorrr

No comments: