Monday, February 13, 2012

Kuch Kuch Hota Hai - Koi Mil Gaya (eng subtitles)



Kenangan lama menjelma kembali!!! hehehe .... hari Sabtu baru-baru ni ditayangkan semula filem ini di TV, jadi semua orang bercakap mengenainya. Dalam facebook, dalam blog, dalam perbualan harian malah masa sembang geng tingkap pun.

Sebenarnya filem Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) ini mula ditayangkan pada tahun 1998 ... dah hampir 14 tahun. Filem yang dilakon oleh pelakon-pelakon hebat Bollywood iaitu Shahrukh Khan, Kajol, Rani Mukerji dan Salman Khan ini telah meledakkan tsunami kebangkitan filem Hindustan di Malaysia dan di serata dunia.

Semasa aku kecil filem yang kuat impaknya kepada masyarakat Melayu ialah Sangam, Hathi  Mere Sathi dan Bobby.  Selepas itu filem Hindustan seakan terpinggir sehinggalah KKHH meletuskan fenomena di kalangan masyarakat antarabangsa.

Aku bukanlah peminat filem Hindustan. Satu-satunya filem yang aku tonton di panggung ialah Bobby (1973) ... itupun setelah terpengaruh mendengar orang sekeliling bercerita tentang kehebatan filem tersebut.  Semua orang jadi merayan jatuh cinta pada hero (Rishi Kapoor) dan heroinnya (Dimple Kapadia).  Aku menonton filem tersebut bersama sepupuku yang baru berkahwin.  Agaknya dia malu menonton berduaan dengan suaminya lantas membawa 3 sepupunya yang di bawah umur untuk ikut sama dalam panggung wayang (hahahahaha ... lawaklah Kak Yang Akma). Filem Bobby menyebabkan aku memasang angan-angan untuk menjejak kaki ke Kashmir yang indah. Namun hingga kini angan-angan itu masih belum menjadi kenyataan.

KKHH menjadi begitu terkenal kerana hero dan heroinnya yang muda, bertenaga dan pandai menari. Terdapat 8 lagu menarik dalam filem ini.  Jangan terkejut makcik ni pun ada membeli video (DVD) filem dan sountrack lagu-lagu tersebut. Tetapi sayangnya akibat tidak terjaga rapi, DVD tersebut telahpun rosak.  Yang pastinya menonton filem tersebut di TV bersama keluarga pada Sabtu lepas dapat mengimbau kenangan 14 tahun lalu apabila teringat kerenah Puteri Bongsu yang memaksa Abah memasang DVD tersebut setiap hari.  Dia hanya jemu menontonnya selepas sebulan!!!


No comments: