Monday, December 31, 2012

Kebahgiaan Seorang Ibu

Setiap kali aku melambai Emak, mata aku jadi kabur menahan tangis. Airmata bertakung tunggu masa jer nak gugur. Aku pasti Emak pun macam tu.  Kesian Emak, kesepian lagi ditinggalkan anak-anak.

Aku dan Emak
Begitulah juga petang semalam. Setelah 2 malam kami berkampung beramai-ramai di rumah Emak, kami terpaksa pulang ke rumah masing-masing. Hari ni ada yang perlu bekerja sebab cuti tak di luluskan.  Ada yang nak buat persiapan anak nak masuk sekolah.  Semua ada urusan sendiri. Tapi percayalah Emak, anak-anak Emak tak pernah melupakan Emak. Kami selalu mendambakan suasana begini, berhimpun beramai-ramai bergelak ketawa, bercerita  pelbagai kisah, makan tak henti-henti, suasana penuh hiruk-pikuk.  Tetapi kami tak dapat mengubah keperluan diri, mencari rezeki untuk keperluan keluarga dan menuntut ilmu bagi cucu-cucu Emak.

Sebenarnya kami semua pulang ke kampung kerana meraikan perkahwinan anak sepupu kami di Ipoh.  Semasa kenduri memanglah seronok dapat berjumpa ramai sepupu, ibu saudara dan kenalan jauh dan dekat. Selepas kenduri kami berkumpul di rumah Emak.  Semua ada kecuali 2 adik lelaki ku yang terpaksa bekerja pada hari minggu dan seorang lagi bercuti ke rumah mertua di Kelantan. Lebih meriah kerana kakak aku Yong membawa 2 menantu perempuan dan cucunya pulang bersama.

Bayangkan betapa riuhnya dari siang membawa ke malam.  Semua ruang dipenuhi anak cucu.  Bila malam semua bilik, ruang tamu, ruang keluarga di bahagian atas rumah penuh anak cucu bergelimpangan tidur. Bunyi dengkur bersahut-sahutan, macam-macam irama ......  hahahaha

Putu Perak - rasanya memang sedap dan unik.  Hanya terdapat di Perak
 (gambar putu yang cantik terima kasih dan kredit kpd blogger Cendana Kasih)
Pagi-pagi kami sudah bangun menyediakan sarapan pagi.  Tak cukup dengan nasi goreng yang dimasak, ada pula yang membeli kuih-muih yang hanya ada dijual di kampung aku di Perak.  Selepas sarapan dah masuk dapur semula untuk sediakan masakan tengah hari. Pada hari Sabtu, kami semua pergi kenduri, jadi kami cuma makan tengah hari bersama pada hari Ahad. Semua anak dan cucu perempuan bekerjasama di dapur. Tak ada yang curi tulang.  Emak dengan gagahnya memasak gulai tempoyak dan kari telur untuk anak cucunya.  Kalau berseorangan di kampung, Emak memang jarang memasak. Hanya Bibik Kiah yang akan menggoreng ikan, menumbuk sambal dan merebus samada pucuk ubi, jantung pisang atau terung untuk Emak. Tetapi hari ni tenaga Emak tiba-tiba datang, tentunya kehadiran anak cucu menyuntik semangatnya.

Sambil potpet-potpet, kami kaum ibu dapat menyediakan pelbagai menu dengan pantas :-

1.  gulai tempoyak ikan dengan taugeh kasar
2.  kari telur dengan kentang
3.  sambal tumis ikan bilis dengan petai
4.  ayam goreng
5.  ikan sardin goreng
6.  ikan masin gelama dan bulus ayam
7.  sambal tempoyak, sambal belacan, cencalok
8.  pucuk salang rebus
9.  ulam timun, kacang panjang, petai dan daun salad
10. sirap limau

Kaum bapa pun tak kalah asyik bersembang dengan gelak ketawa sambil makan rambutan yang dah sampai penghujung musimnya.

Keriuhan ditambah oleh cucu-cucu yang berlari ke atas dan ke bawah. Berdegum-degum bunyi lantai dipijak kaki-kaki kecik dan besar.  Ada juga yang bergaduh dan menjerit-jerit. Terpaksa ada referee pula supaya gaduh tak berpanjangan ... hehehhehhe.

Selepas zohor, semua mula berangkat pulang ke destinasi masing-masing kecuali adik ku Nita yang akan bermalam sehari lagi.  Jelas kelihatan wajah Emak sayu melepaskan anak-anak pulang.  

Emak ... kami semua sayangkan Emak. Kami semua menghargai kasih sayang Emak. Kami semua doakan semoga Emak mendapat kesejahteraan hidup.  Kami semua juga mengharapkan doa dan restu Emak untuk kami meneruskan kehidupan kami.  Ya Allah, Engkau sempurnakan kehidupan kedua ibubapa kami di dunia dan di akhirat dan kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihani kami. Ameen

Gambar sebahagian keluarga besar kami.  Gambar ni diambil
7 tahun yang lalu, sekarang jumlah ahli keluarga dah
bertambah-tambah.  Kena plan ambil gambar terbaru

Friday, December 28, 2012

Selamat Pengantin Baru Izni - Aida

Majlis perkahwinan Izni berlapis-lapis.  Pada hari kedua Aidil Adha dilangsungkan majlis pernikahan. 22 Disember pula walimatulurus pihak perempuan.  23 Disember pula di sebelah lelaki. Jenuh kami pergi kenduri tak henti-henti. Mujurlah le dekat ajer.

Izni adalah anak kedua kakak ipar ku.  Abang sulungnya, Am telah pun berkahwin 8 tahun yang lalu.  Anak sulong Am akan masuk ke darjah 1 bulan Januari ni. Nak buat macamana jodoh Izni  lambat sampai, walaupun aku difahamkan Izni dan Aida dah berkawan sejak dari sekolah menengah lagi. Memang sungguh teguh cinta mereka.

Tak banyak yang aku nak ceritakan melainkan kegembiraan dapat berkumpul bersama keluarga yang hadir dalam majlis tersebut.

Buat Izni dan Aida, selamat pengantin baru, selamat melayari bahtera berumahtangga, semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke syurga.  Ameen

Gulai ayam kampung, daging cincang dengan ubi kentang, ayam goreng kicap, acar buah,
nasi 3 jenis,  bubur kacang, buah limau, sirap, airkrim ... semua ada
Saudara-mara dari Kelantan turut meraikan pengantin
Amboi ... tersenyum riang pengantin
Kak Ngah diberi mandat mengedar "goodies"

Friday, December 21, 2012

End of The World!!!!

hahahahah .... memandai-mandai jer mereka letak tarikh 21.12.2012 sebagai tarikh mati dunia, atau lebih tepat tarikh KIAMAT. Percaya sangat pada kiraan Mayan bahawa dunia akan hancur pada tarikh tersebut.  Atau bangsa Mayan tak kata pun macam tu, oranglain yang memandai reka cerita macam tu.  At last ramai yang panik, ramai yang ditimpa sindrom kemurungan, dan ramai juga yang dah bunuh diri sebab takut menghadapi kiamat tu. 


Tapi masih ramai yang waras, malah ramai yang tak percaya pada ramalan tu buat lawak gila. Kalender Mayan terhenti pada 21.12.2012 kerana ruang atas batu tu dah penuh, tak der tempat nak tulis lagi.  Ada yang kata orang yang menulis kat batu tu dah penat, dia dah merungut ... bila mahu habis daaa!!!  hehehhe ... logik juga lawak tu.

Apa pun kita sebagai orang Islam memang wajib percaya kiamat itu memang akan terjadi.  Kita wajib percaya, bila tiba saatnya malaikat Israfil akan menjalankan tugasnya meniup sangkala. Pada waktu itu akan hancurlah bumi dan seluruh cakrawala. Tak ada siapa yang akan terselamat.  Siapa yang mampu menentang kekuasaan Allah SWT.

Cuma kita tidak tahu bila kiamat itu nak berlaku. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak tahu, apalagi kita manusia biasa.  Cuma kita sedar semua tanda awal kiamat telah hampir lengkap. Kini kita menanti tanda-tanda besar pula seperti kemunculan dajal serta yakjud dan makjud yang menimbulkan kacaubilau menghasud manusia menentang Allah. Kita juga percaya akan muncul Imam Mahadi dan Nabi Isa AS untuk menyelamatkan manusia di jalan Allah. Dan tanda-tanda akhir yang utama apabila terbitnya matahari dari sebelah barat. Waktu itu kiamat telah begitu hampir sekali.

Sebenarnya kita bukannya perlu menyediakan diri menghadapi kiamat semata-mata, tak kiralah berlaku tahun ini atau tahun depan atau 10 tahun lagi, atau 100 tahun lagi.  Yang utamanya kita perlu menyiapkan diri menghadapi mati ... kiamat bagi setiap individu yang bernyawa. Kita boleh mati bila-bila masa sahaja, sejam dari sekarang, esuk, minggu depan, tahun depan atau bertahun-tahun lagi. Apa persiapan kita? Cukupkah amalan dan bekalan kita?  Subhanallah ... Maha Suci Allah yang menjadikan alam semesta beserta makhlukNya.  Semoga kita semua mati dalam iman, mati dalam  keredhoaanNya. ameeen

Friday, December 14, 2012

M BAKRI - MANIS MANJA.avi



Sedap kan lagu ni?  Tak tau kenapa aku minat lagu-lagu M Bakri .... samada suara machonya yang menambat kalbu (cewahh), atau melodi lagu yang catchy, atau liriknya yang indah. Hrmmm, semua-semua sebab di atas ler kut.

Lagu ni ada juga dinyanyikan oleh Jamal Abdillah, dinyanyikan dalam versi rancak. Tapi maaflah, aku rasa original melodi lagi menangkap.  Walaupun aku ni peminat Jamal Abdillah, tapi rasanya apabila lagu ni dinyanyikan oleh Jamal, feel tu kurang sangat, sebab rancaklah kut!!

M Bakri adalah biduan yang sangat diminati Arwah Apak. Selalu aku dengar Arwah Apak menyanyi dengan meniru suara besar M Bakri.  Mungkin sebab itu akupun minat M Bakri.  Aku mahu berkongsi sesuatu yang dekat dengan Apak suatu masa dulu. Ohh ... setiap kali teringat Apak, airmata tak dapat dibendung. Aku rindu pada Apak. Tak puas mendapat kasih sayangnya. Walaupun Apak meninggal semasa aku berumur 22 tahun, aku sebenarnya selalu berjauhan dari Apak. Mulai umur 12 tahun sehingga ke saat kematiannya, masa aku banyak dihabiskan di asrama sekolah, asrama kolej dan merantau ke Pulau Pinang untuk bekerja.  Sebab itu aku sering merasa tidak puas bermanja dengan Apak, aku rasa kehilangan masa dewasa dengan Apak.  Pertemuan kami hanya setiap kali cuti penggal atau semester ... 3 kali setahun.  yang menghubungkan kami semasa berjauhan hanya surat-surat yang ditulis tangan dengan cantik oleh Apak.

Ok ... tak dapat nak teruskan lagi,  airmata makin lebat. Elok aku berhenti di sini, ambil wuduk dan membaca surah Yaasin untuk aku hadiahkan buat Apak.  Walaupun doa untuk Apak tidak pernah susut setiap kali selepas solat fardhu atau sunat, atau menghadiahkan pahala bacaan Quran untuk Apak, tapi aku tidak pernah merasa sumbangan aku sebagai anak sudah cukup.  Memang tak akan cukup. Aku tak mampu nak membalasnya.  Hanya aku mohon dari Allah Ya Rahman Ya Rahim untuk memberikan yang terbaik buat Apak. Al Fatihah.

Thursday, December 13, 2012

Selamat Pengantin Baru Along!!!

Dah basi dah cerita ni.  Tapi aku kena tulis juga, sebagai rujukan kemudian hari ... heheheh.  1 Disember 2012 kakak sulong ku, Yong mengadakan walimatul-urus untuk anak sulongnya, Along Mukhriz.  Sebenarnya Along dah selamat diijabkabul pada 23 Ogos lalu (3 Syawal).  Cuma majlis kenduri aje yang baru dijalankan.  Majlis resepsi keluarga perempuan telah diadakan di Kajang seminggu sebelum ini.

Penyambut tetamu ni ... 5 jam berdiri rasa nak tercabut lutut, tapi seronok dapat jumpa saudara-mara semua
Mau goodies ... kena ngorat anak dara ni ... huhuhuhu

Majlis pihak lelaki diadakan di Dewan Komuniti Bukit Damansara.  Dewannya besar dan cantik.  Tempat letak kereta pun banyak.  Yang bestnya ada Bilik VIP untuk pengantin mandi, berehat dan bersolek.  Luas biliknya.  Ramai juga yang tumpang solat di situ.

Keluarga pengantin lelaki

Aku memang seronok bila ada majlis kenduri macam ni. Inilah peluang bertemu semula dengan saudara-mara yang dah bertahun tak berjumpa. Ramai yang datang dari Perak (ibu-bapa pengantin lelaki berasal dari Perak).  Apa lagi, sembang tak berhenti-henti.  Dah habis makan, buka pulak satu corner untuk sambung sembang-sembang.  Gelak ketawa sentiasa kedengaran.
Sebahagian dari saudara-mara dari Perak ... ada ramai lagi !!!

Majlis yang sederhana ini berjalan dengan sempurna.  Aku dan adik ku Nita diberi tugas menjadi penyambut tetamu.  Puteri Bongsu dan sepupunya Dalilah pulak bertugas menyerahkan goodies kepada tetamu.  Majlis tamat pukul 5.00 petang. Sebaik majlis tamat, hujan turun dengan lebatnya. Syukur Alhamdulillah.

Tuesday, December 4, 2012

Seronokkk .... Tapi Semputtt

Aku dah dengar pasal MAHA ni punyalah lama. Mula-mula dulu tak teringin pun nak pergi, aku punya persepsi MAHA ni samalah kut macam ekspo pertanian yang ada kat Penang ni. What so special?

Apa MAHA tu?  Baca kat SINI tentang MAHA.  

Tetapi Abah beria-ia sangat nak pergi.  So, pada 30 November lalu aku, Abah dan Puteri Bongsu pun pergi ke sana. Kami tiba pukul 9.40 pagi, padahal MAHA hanya dibuka untuk pelawat mulai jam 10 pagi. Walaupun masih awal, tempat letak kereta dah mulai penuh. Terpaksalah kami berjalan agak jauh juga dari kereta ke tempat lawatan pertama, sebuah dewan yang menempatkan produk industri kecil (IKS).  Dah nama pun sampai awal, memang tak boleh nak komplen kalau banyak gerai belum dibuka.  Dok berselimut lagi kebanyakan produknya.

ohhh macam ni rupa pokok "nasi" aka padi!!!
Seterusnya kami menaiki trem untuk ke Laman Padi.  Walaupun dibesarkan di negeri yang mempunyai banyak sawah padi, Puteri Bongsu tak pernah pun masuk bendang dan pegang pokok padi.  Di sinilah kali pertama dia memegang anak padi, padi dah masak menguning dan memijak batas bendang.  Heheheh kesian anakku.  Kami terbuai mendengar irama rancak kumpulan muzik traditional Kelantan yang mengadakan persembahan di laman ini.  Irama muzik ala-ala siam ni menyebabkan ramai pengunjuk yang seronok nak menari ... kakakakah!!!

aksi nelayan moden ... dok belek bubu

Lepas tu kami singgah di laman yang lain pulak seperti Perikanan, Ternakan, Sayur-sayuran, galeri pameran, gerai-gerai makanan dan rumah-rumah negeri di Malaysia.  Pergerakan dari satu laman ke laman atau galeri yang lain sangat jauh. Mujurlah perkhidmatan tremnya agak efisyen.  Di setiap stesyen ada petugas yang memberi petunjuk trem yang mana harus dinaiki untuk menuju ke laman-laman berkenaan.

Inilah kebun kami!! Petik jer ... petola, labu, kundur, timun ... macam-macam ada
Ini baru betul-betul segar dari ladang

Tempat yang paling menarik perhatian kami ialah Laman Sayur-sayuran.  Seronoknya duduk di kawasan dingin dengan dikleilingi sayur-sayuran segar bersaiz besar.  Kami berlama-lama di sini. Semburan air dingin (mist) menyebabkan kami lupa cuaca panas menggigit di luar kawasan ini.  Tengok sayur salad serta ulam-ulaman yang segar dan crispy menyebabkan aku rasa teringin sangat nak mencicah dengan sambal belacan ... hehehhe.

Laksa sarawak

Di rumah negeri-negeri Malaysia kami singgah makan di rumah Sarawak. Sempat makan laksa sarawak dan beli perencahnya sekali.  Kalau ikut hati teringin nak cuba juga makan mee kolok, nasi dabai, umai dan macam-macam lagi, tapi perut dah penuh.  Persinggahan di rumah Kelantan,Johor dan Perak hanya sekadar melihat pameran saja.  Perut dah kenyang.

Cendul durian dengan nasi kukus

Cuma setelah puas berjalan, sejam kemudian kami singgah pula di gerai makanan berhampiran Dewan Utama.  Kali ini kami mencuba ais krim goreng, cendol durian, nasi kukus ayam berempah dan air kelapa laut. Selepas itu kami masuk pula ke Dewan Utama melihat pameran bunga-bungaan, buah-buahan dan beranika produk industri tani.  Keluar dari Dewan kami terkejut melihat cuaca tiba-tiba gelap.  Mendung ... bila-bila masa ajer boleh hujan. 

Erkkk??? gadis dan bunga?? kwang kwang

Lebih malang lagi kami lupa pula di kawasan mana kami meletakkan kereta.  waduhhhh!!!!  Jenuh kami berpusing-pusing mengingatkan tempat permulaan kami tadi (harap maklum, bukan naik trem yer, tapi berjalan kaki!!!!).  Akhirnya selepas puas berpusing dan berpeluh-peluh, barulah kami terjumpa laluan yang betul.  Waktu itu hujan sudah mula turun. Apa lagi, bagaikan Usain Bolt kami memecut meredah hujan menuju kereta yang nun jauh di hujung kawasan parking.  Fuhhhh ... penat campur kebasahan. 

Moralnya .... kalau pergi ke tempat yang luas begini, pastikan kita cam jalan masuk untuk memudahkan kita keluar kelak.  Apapun, puaslah kami berada di sana dari pukul 9.40 pagi sampai pukul 4.30 petang.   Hari ini dalam sejarah, aku berjalan tak henti-henti selama 7 jam.

Thursday, November 22, 2012

Mee Udang Kuala Sepetang

Dah lama aku mengidam nak makan mee udang Kuala Sepetang, tapi memang tak pernah menjadi rancangannya. Ada saja halangan.

Hari ni kebetulan kami melawat sepupu Abah yang sakit di Kampong Boyan Taiping.  Sebelum masuk ke simpang ke arah Taiping, aku ternampak papan tanda arah menunjuk ke Kuala Sepetang. Ahhh dah dekat sangat rupanya, kali ni mesti menjadi.  Tak ada alasan lagi.

Selepas solat Zohor, kami menuju ke arah Kuala Sepetang. Kami terjumpa beberapa gerai menjual mee udang, Gerai Mak Teh, Gerai Mak Jah, Gerai Salleh dan beberapa lagi.  Sebelum singgah di gerai-gerai tersebut, kami masuk ke pekan Kuala Sepetang (dulunya dikenali sebagai Port Weld).  Landasan keretapi pertama di Tanah Melayu telah dibina oleh Inggeris dari Port Weld ke Taiping ... ingat lagi ke fakta dari buku Sejarah ni ... hehehhhe!!

Ok, Pekan Kuala Sepetang merupakan pekan nelayan di pinggir Sungai Sangga. Ia kelihatan seperti sebuah pekan koboi yang didiami oleh kebanyakannya kaum Cina.  Terdapat beberpa deret kedai di kiri-kanan jalan utama yang sempit. Sumber pekerjaan utama penduduk di sini ialah sebagai nelayan. Patutlah bercambah restoran Cina dan Melayu yang menjual makanan berasakan sumber laut.

Mee banjir. Kenapa panggil mee banjir, bukan mee kuah atau mee sup ekk?

Kami mengambil keputusan singgah di Gerai Mee Banjir Mak Teh. Ada bermacam menu seperti mee, bihun dan nasi yang dimasak secara goreng atau berkuah dengan bahan utamanya ialah udang. Setelah membelek-belek menu, kami akhirnya memesan mee udang banjir dan mee goreng udang. Harga setiap pinggan ialah RM10 yang dipenuhi kira-kira 8 ekor udang bersaiz besar.

Mee goreng udang ... yummy

Mee kuahnya sedap, manis dan pedas. Kuahnya cair seperti sup.  Puas menghirup kuahnya serta meratah isi udang yang pejal.  Mee gorengnya memang sedap, cukup pedas dan masinnya.  Puas makan dan berbaloi dengan harga yang dibayar.  Cuma aku kurang selesa dengan kehadiran lalat yang begitu banyak. Terasa selera terganggu apabila lalat-lalat tu membuat lalu-lintas udara tak berhenti-henti di sekitar pinggan kami.  Hrmmm dugaan!!!  

Friday, November 16, 2012

MAAL HIJRAH

Semalam Maal Hijrah.  Anak-anak seronok, bermakna cuti sehari lagi.  Belum dapat menghayati kepentingan Maal Hijrah atau Awal Muharram dalam kehidupan seorang Muslim.  Puas aku bersyarah panjang, jangan hanya khatam tarikh-tarikh penting tahun Masihi tetapi kalendar tahun Islam diabaikan.

Begitu indahnya kehidupan kita hari ini kalaulah kita mahu mengambil perhatian.  Maal Hijrah diraikan, diwarwarkan. tidak seperti masa aku kecik-kecik dulu. Masa kecik dulu, aku cuma perasan tentang ketibaan 10 Muharram apabila adanya bubur asyura.  Pada hari 10 Muharram, surau atau masjid di kampung ku akan memasak bubur asyura. Kalau di kampungku di Perak bubur asyuranya dari tepung beras yang dimasak berperisa pedas, ada daging, bawang goreng, santan, daun sup dan daun bawang.  Ala-ala bubur lambuk.

Di Pulau Pinang pula, bubur asyuranya manis, penuh berisi bermacam kekacang seperti kacang hijau, kacang merah, jagung serta keledek, pisang, santan dll.  

bubur asyura versi utara (kredit gambar kamsiah-yusof.blogspot)

Kedua-dua versi ini disebut bubur tetapi dimasak hingga keras dan boleh dipotong seperti kuih lapis atau bengkang.  

Tetapi sekarang pengisian Maal Hijrah lebih meluas. Buka sahaja akhbar, TV1, TV3, TV9, Astro 106, Alhijrah ... pelbagai rancangan yang mengisahkan tentang kebesaran Maal Hijrah dalam kalendar Islam dipaparkan.  Malah dalam FB, Twitter dan blog, para kenalan tak henti-henti saling mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah, siap dengan petikan hadis yang menceritakan kemuliaan bulan Muharram. 

Subhanallah ... jadi kenapa kita masih tak mau ambil tahu. Ilmu ada di merata-rata sekeliling kita, yang perlu bertindak kita sendiri.  Lebih penting kalau tiba 1 Januari setiap tahun, kita kononnya menanam azam baru (walaupun ramai yang azam tinggal azam).  Kenapa sempena 1 Muharram kita tidak menanam azam juga? Jom!! Aku sendiri berazam untuk jadi lebih dari semalam, cuba meninggalkan perkara-perkara yang membawa dosa ... terutama dosa hati dan dosa mulut. Semoga Allah SWT memberi aku kekuatan untuk menjadikan azam ku ini satu kenyataan. Amiin

Thursday, November 8, 2012

Bila Tiba Masanya .....

Bermula 5 November 2012, Kak Long perlu menjalani kehidupan yang baru.  Setelah tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) pada bulan Jun lalu, ini merupakan pekerjaan kedua Kak Long.  Tugas pertama di firma audit di Pulau Pinang hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Demi mengejar cintanya kepada bidang perakaunan di persekitaran yang lebih mencabar, dia menerima tawaran kerja yang baru sebagai Account Officer di sebuah firma kewangan di Damansara Utama.

Kak Long bersama rakan karibnya di hari konvokesyen

Yang tak tahannya adalah aku ibunya .... yang terpaksa berpisah dengan anak keletah ini. Memang sebelum ini pun aku telah biasa terpisah dengannya. Masa Form 1 sampai Form 5 dia duduk di asrama.  Setiap minggu aku tak pernah gagal untuk melawatnya di asrama.  Semasa umur 18 tahun dia melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Melaka dan menyambung pengajian ijazah pula di Cyberjaya. Bermakna sudah lebih 10 tahun dia on and off aje berada dengan keluarga.  Jadi apa bezanya sekarang?

Memang berbeza!!! Dulu aku tahu dia sangat bergantung pada aku dan Abah. Apa-apa sikit akan cari kami berdua. Sentiasa tidak sabar untuk pulang ke rumah semasa cuti semester. Paling best cuti semesternya panjang. Puas aku bergelak ketawa dan bergaduh dengan dia. Malah yang paling aku ingat ialah tentang kesedihannya apabila akan berpisah dengan kami setelah cuti semester berakhir. Seharian sebelum bertolak pulang, karektor nya akan bertukar menjadi pendiam, tidak berselera makan dan tidak suka bergurau.  Hehehe anak manja.

Tapi kini tak ada lagi cuti smester panjang. Cutinya pun perlu bercatu mengikut keperluan tugas pejabat.  Tentu sukar untuk kami merancang aktiviti percutian mengejut seperti sebelum ini.  Ohhhh,  I'll miss that precious moments bersama Kak Long.

Aku juga bimbang dengan kehidupan di dunia pekerjaan yang mencabar. Ibukota yang penuh dengan pancaroba. Di alam kampus dan asrama dulu,  hidupnya penuh peraturan dan dalam lengkungan yang terjaga dan selamat. Kini tak ada sapa yang nak menjaganya melainkan dirinya sendiri.  Ohhh betapa bimbangnya hati seorang ibu!!!

Tapi apa daya aku. Apabila tiba masanya, aku perlu melepaskan burung keluar dari sangkarnya. Takkan aku nak kepit dia hingga ke tua?  Dia perlukan kebebasan mencorak masa depan sendiri. Dia perlu belajar berdikari.  Dia perlu belajar menghadapi cabaran dan dugaan.

Walaupun hati ini penuh risau, tapi aku sentiasa yakin Kak Long mampu manghadapi semua dugaan itu. Insyaallah dengan semua ilmu dan tunjukajar yang dibekalkan sebelum ini, dia mampu menangkis semua perkara negatif dari menghampirinya. aku dan Abah hanya mampu memanjatkan doa. Setiap lepas solat, tidak putus doa ku untuk Kak Long. Aku yakin Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang mendengar doaku, memelihara anakku dari segala musibah dan gangguan manusia dan syaitan.  Ameen

Monday, November 5, 2012

Gud Luck!! Doa Mama Mengiringi Perjuangan

Duk dak .. duk dak ... duk dak.

Macam tu debar jantung aku pagi-pagi ni.  Hari ni bermulalah perjuangan Puteri Bongsu dan beribu-ribu anak Malaysia yang lain menghadapi SPM, bermula dengan Bahasa Malaysia Kertas Satu (Karangan). Minggu ini peperiksaan dijalankan setiap hari sehingga Khamis. Setiap hari satu matapelajaran. Kertas terakhir pada 28 November nanti.

Aku benar-benar berharap Puteri Bongsu telah bersedia sepenuhnya.  SPM lah yang nak menentukan anak ini akan melanjutkan pelajarannya di mana, .....  universiti, kolej, politeknik atau Tingkatan 6.

Aku dan Abah telah sediakan apa yang sepatutnya.  Kemudahan belajar di sekolah, tuisyen, buku latihan, seminar ... semuanya demi menyediakan anak-anak menghadapi cabaran peperiksaan di sekolah. Dah juga kami bekalkan ilmu akhirat supaya mereka bersedia menghadapi cabaran hidup yang lebih besar, supaya tidak tewas dengan gangguan syaitan.

Puteri Bongsu .... gunakanlah peperiksaan ini sebagai landasan untuk mencorakkan masa depan adik. Jangan persiakan peluang ini untuk menjadi anak remaja yang cemerlang.  Abah dan Mama tidak pernah berhenti mendoakan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat untuk adik.  Kami maukan yang terbaik untuk adik.  Best of Luck my dear.

Wednesday, October 17, 2012

Resipi Caca Marba

Nampak tak menarik kan? Tapi try ler buat, anak-anak suka 

Aku tak pasti nama resipi ni. Dan tak ingat siapa yang punya resipi. Rasanya aku dapat dari sebuah majalah atau pun blog. Maaf dah lupa.  Anyway kredit pada tuanpunya resipi, semoga Allah memberkati puan kerana sudi berkongsi ilmu.

Anak-anak aku memang cerewet dengan menu makan pagi. Tak mau yang pedas, bimbang sakit perut. Tak mau yang manis, tekak tak boleh terima. Yang paling mereka suka, sandwich ayam atau tuna atau french toast. Sesekali bolehlah juga dihidang cucur udang atau nasi goreng.  Nak makan cereal jangan harap, tak berkenan langsung.

Bila aku cuba resipi ni, mereka suka lah pulak. Jadi seminggu sekali aku buatlah resipi ni, selalunya hari Jumaat. Mudah aje, lebihkurang 15 minit aje menyediakannya.

Bahan

3 biji kentang besar (aku guna russet) - dibuang kulit dan potong kecil-kecil, kira-kira muat masuk mulut
1 biji bawang besar, dimayang
3 biji telur ayam dipukul bersama 5 camca besar susu cair, sedikit garam, serbuk lada hitam, serbuk oregano (tak ada pun tak ape, bubuh ni nak bagi bau wangi)
2 batang sosej ayam, potong nipis
minyak zaitun
mayonis

Cara memasak

Goreng kentang hingga separuh masak.  Masukkan sosej dan bawang besar, masak hingga sebati.
Buangkan minyak, tinggalkan sedikit ajer supaya makanan tidak lekat di kuali.
Masukkan campuran telur. Biarkan keras sedikit baru dikacau hingga sebati.
Setelah telur sempurna masak, bolehlah ditutup api.
Masukkan 2 atau 3 camca besar mayonis, gaul hingga sebati dan hidangkan panas-panas.

Yummy .... dan memang mengenyangkan.

Monday, October 15, 2012

Nyanyian yang mengejutkan penonton



Subhanallah .... begitu indahnya cara berdakwah.  Jika menghayati senikata lagunya, memang rasa bagai nak sesak nafas ketakutan.  Risau memikirkan anak-anak gadis yang tidak serius menjaga aurat. Ada yang hanya menutup aurat semasa keluar ke tempat awam sahaja, tetapi di halaman rumah sendiri semasa menyiram pokok, menyidai pakaian atau mengambil surat dari posmen ... rambut terbuka melayang-layang.

Atau mungkin kepala bertudung, tetapi pakaian mereka ... masyaallah punyalah ketat.  Aku bukan bercerita tentang anak oranglain tetapi anak gadis ku sendiri. Puaslah aku dan Abah memberi tazkirah, tetapi hanya sekejap ajer tazkirah kami dipatuhi. Esuk-esuk lusa berpakaian begitu semula. Kononnya inilah fesyen terkini.  Astagafirrullah, semoga kalian mendapat petunjuk dan hidayah untuk memelihara aurat masing-masing.  Hayatilah senikata nyanyian di atas, pasti kalian faham kerisauan kami sebagai ibu-bapa.

Thursday, October 11, 2012

Blog Berkarat



Sweet English Cotton

Tu dia aih!!!! Dah berkurun tak jenguk blog ni. Idea ada, cerita banyak, tapi masa tak mengizinkan. Campur pulak dengan penyakit M.A.L.A.S.

Sejak beberapa minggu lepas aku kalut nak meningkatkan perjalanan Spectrum Creations yang dah slow semacam semenjak musim raya lepas.  Memang sepanjang Ramadhan, jualan telekung dan tudung sangat meriah.  Berbahagia aku dapat berbelanja selesa menyambut Aidil Fitri. Alhamdulillah.  Selepas tu aku jadi lemak, agaknya banyak sangat makan lemang, ketupat, rendang dan kuah lodeh yang berlemak.  Aku tak peduli langsung untuk buat marketing atau memesan stok baru.  Hampir sebulan aku begitu. Duduk dalam comfort zone macam ular sawa kekenyangan.

Hinggalah satu hari masuk satu mesej dari seorang yang tidak aku kenali mengajak aku memulakan perniagaan menjual kain English Cotton.  Why not?  Aku pun peminat English Cotton juga.  Dan hairannya aku sebulat hati percaya kepada kejujuran teman ini.  Komunikasi kami hanya melalui panggilan telefon, SMS dan FB jer. Tak pernah bersua muka pun.

Alhamdulillah, percaturan ni nampaknya menjadi. Ramai yang berminat dengan English Cotton rupanya. Walaupun harga diletakkan agak tinggi, setimpal dengan kualiti kain, tetapi tetap ada pembeli. Mereka ini memang peminat tegar English Cotton, tak perlu susah payah nak pujuk dan beri penerangan.

Jadi sekarang dah masuk gear .... dah gear 3 kut.  Insyaallah, usaha akan diteruskan. Angan-angan nak jadi usahawan, tapi semangat juang belum betul-betul gah. Apa lagi, sekarang ni tiap-tiap hari aku jadi pendamping setia fanpage Spectrum Creations.

Tuesday, September 11, 2012

Motif Band - Tuhan Jagakan Dia



Dedicated to my beloved hubby.

Friday, September 7, 2012

Thursday, September 6, 2012

Konvoi Kenduri Kelantan - 1 September 2012

Hari ke-2 breakfast di hotel jer. Simple buffet breakfast, nasi puteh + lauk kurma daging + acar timun serta keropok goreng.  Lepas tu ada mee goreng, cornflake + susu dan roti bakar + jem + butter.  Ada buah tembikai dan betik, ada minuman sejuk dan panas. Tak ada kuih-muih. Tapi kurma daging dan mee goreng tu memang sedap sangat. Rasa nak tambah berkali-kali, tapi maluuuu!

Lepas breakfast dengan Abah pergi berjalan kaki keliling kawasan hotel, dari Jalan Maju masuk Jalan Dato Pati, masuk Jalan Hospital, masuk Jalan Doktor, pergi Stesen Bas, berpatah balik ke hotel.  Hehehhe ... bunyi macam jauh, tapi ambil jalan pintas-pintas jer. Sebab awal pagi, semua kedai tak buka lagi. Jadi tak adalah menyinggah di mana-mana.

Kerepok lekor @ kerepok gete @ kerepok gote @ kerepok gonde 

Kami check-out pukul 11 pagi dan terus menuju ke Crystal Lodge di Jalan Che Su untuk menghadiri  majlis kenduri.  Anggota rombongan yang menaiki 3 kereta lagi belum tiba. Biasalah tu, bila bawa warga emas ni terpaksa bersabar sikit. Pergerakan mereka lambat-lambat jer.  Sementara menunggu mereka tiba, kami sempat singgah di kopitiam berhadapan hotel tersebut untuk minum dan makan keropok lekor.  Anak-anak dara seronok melayari internet, maklum ada WIFI percuma.

Sebelum makan, kita posing dulu ekk

Pukul 12.30 barulah semua orang berkumpul dan kami bergerak ke tingkat 4 Crystal Lodge di mana majlis sedang berlangsung.  Setelah berjumpa tuanrumah, kami terus menjamu selera.  Jamuan kenduri orang Kelantan ni simple aja. Ada nasi putih, gulai daging, ayam percik, acar timun dan ikan masak cabai.  Makanan sampingan pula ada akok, tepung pelita, bihun goreng, pulut kuning dan keropok.  

Keluarga dari Penang meraikan mempelai

Selepas perut kenyang diisi, kami bergambar dengan pengantin pula.  Waktu ini lebih merupakan acara keluarga. Cuma ada keluarga Kelantan, keluarga Penang dan keluarga mempelai lelaki dari Kedah. Tetamu lain dijemput mulai jam 1 hingga 5 petang. Bagus juga macam tu, barulah sempat tuanrumah bermesra dengan saudara mara.

Selesai majlis kami meneruskan perjalanan masing-masing.  Keluarga aku akan singgah di Rantau Panjang sebelum balik ke Penang.  Keluarga Pakusu dan keluarga Teh akan ke Trengganu dan bermalam di sana. Paktua yang membawa warga emas akan terus balik ke Penang tanpa singgah di mana-mana.  Hrmmm!!!

Terasa macam di Beijing pulak

Masjid yang cantik dan terjaga dengan baik ... harapnya biarlah berterusan

Kami memulakan perjalnan pukul 2 petang arah ke Rantau Panjang.  Sempat mengisi minyak penuh tangki di Pasir Mas.  Tiba di Rantau Panjang, kami terus singgah di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing.  Masjid ini yang dibina  mengikut rekabentuk masjid di China ini mengingatkan aku kepada Masjid Niujie yang aku lawati dulu. Masjid Beijing dibina pada tahun 2005 dan dibuka pada tahun 2009.  Memang aku puji pengurusan masjid ini kerana begitu menjaga aspek kebersihan dalam tandas dan ruang solatnya.

Selepas solat, kami memasuki kawasan Bebas Cukai Rantau Panjang.  Bermacam barangan dijual di sekitar bazar dan kedai-kedai di pekan kecil ini. Sebut aja, nak tudung, baju, telekung, batik, cenderamata, pinggan mangkuk,  periuk belanga ... semua ada. Ronda punya ronda, kami hanya membeli pakaian anak-anak dara dan periuk 3 beradik  cap buaya .... hehhehhe (saiz kecil, sederhana dan besar).  

Puas meronda, perut lapar semula. Singgah mengisi perut dengan makan mee bandung dan minum coconut shake.  Hujan mula turun. Siap dengan guruh dan kilat lagi. Seram mendengar petir berdentum-dentum. Alhamdulillah, sekejap aja dah berhenti. Subhanallah ... kuasa Allah mengatur kejadian alam ini.  Setelah hujan reda, kami bertolak dari Rantau Panjang. Di pintu keluar dari Kawasan Bebas Cukai tu, sempat lagi abang kastam tu memeriksa bot kereta kami.  Puaslah dia melihat baju kotor berlonggok-longgok dalam beg plastik ... hehehhe, "Saya Yang Menjalankan Tugas".

Berehat di Puncak Titiwangsa .. memang sejuk dan nyaman, kena pulak secawan kopi O, fuhhh

Kereta banyak di laluan jalanraya Timur-Barat ni.  Semua ambil kesempatan melancong sempena cuti 3 hari.  Untuk melepaskan lelah perjalanan yang panjang, kami singgah di Puncak Titiwangsa.  Udara yang sejuk dan nyaman serta pemandangann alam semulajadi yang indah menyegarkan tubuh.  Sebelum tiba ke Penang kami singgah lagi di R&R di Gerik untuk solat dan sebuah restoran di Kulim untuk makan malam.

Akhirnya selamat tiba di rumah pukul 9.45 malam. Capekkkkk!!!!

Sunday, September 2, 2012

Konvoi Kenduri Kelantan - 31 Ogos 2012

Bertolak dari Pulau Pinang pukul 8 pagi. Kaklong dan Kakngah awal-awal dah telan ubat, kalau tak makan ubat alamatnya muntah sepanjang jalan, lembik tubuh badan.  Mujurnya Puteri Bongsu lasak bila berjalan jauh.  Kakngah terpaksa duduk di hadapan untuk mengelakkan dia pening.

Kami melalui lebuhraya dari Butterworth ke Gerik. Kereta banyak di jalanan.  Alhamdulillah, cuaca baik minggu ini. Kalau minggu lepas asyik hujan saja.  Sebenarnya kami pergi 4 kereta tapi kami terpaksa tinggalkan 3 kereta lagi kerana mereka bertolak lambat.   Lagipun kami bercadang nak singgah di rumah kawan Kaklong di Tanah Merah.

Kami cuma berhenti di R&R Perah untuk makan roti canai dan minum kopi. Dah lapar balik sebab breakfast tadi awal sangat. Pukul 7 dah makan roti dengan scramble egg. Sekejap ajer perut minta diisi semula. Kami meneruskan perjalanan yang berliku turun-naik Banjaran Titiwangsa sehinggalah kami tiba di rumah Wana di Tanah Merah tepat jam 1.30 tengah hari.  Waktu tu dari masjid berdekatan rumahnya kedengaran khatib sedang membaca khutbah Jumaat.  Wana merupakan kawan baik Kaklong di MMU selama 3 tahun.  Kami dijamu bihun goreng, kuih raya, koci Kelantan (inti kacang merah), kuih lompat tikam (warna hijau, merah dan kuning), cendul (cendul ni colorful sebab dicampur sago berwarna-warni juga, something different from Penang's cendul), buah rambutan dan buah salak. Masyaallah macamana nak makan, banyak sangat makanan. Begitu besar hatinya Wana dan emaknya meraikan kami.

Dengan penuh syukur setelah perut kenyang kami pun bertolak ke Kota Bharu. Check-in di Hotel Raudhah yang terletak di Jalan Maju. Kami menginap di family room yang ada 2 double bed.  Kemudahan bilik mempunyai aircond, hot shower, mini refrigerator, mini TV (ada siaran RTM dan TV 3 jer), ada kemudahan bancuh kopi, tuala mandi dan sabun.  Perabut banyak yang dah lusuh. Pintu bilik dan bilik air pun dah kembang, kena tolak  kuat-kuat barulah pintu dapat ditutup.  Tapi bersih le juga. Oklah untuk tujuan mandi dan tidur aja.  Kenalah minta tilam extra sebab kami berlima.

Selepas mandi-manda dan solat, kami terus keluar untuk cari kedai makan.  Susahnya nak cari kedai makan, semua tutup.  Rupanya hari Jumaat memang kedai makan di Kelantan dibuka lambat.  Dekat pukul 5 petang barulah kami jumpa satu restoran yang dibuka. Jangan cerewet, janji perut yang dah berbunyi dapat diisi.

Tokngah Kelate (kiri) bersama kakaknya Tokcak Penang (tengah) dan adiknya Toksu Penang (kanan)

Kemudiannya kami bertolak ke rumah emak saudara Abah, Tokngah Kelate yang terletak di Chempaka (dalam kawasan Panji).  Berhimpunlah kami beramai-ramai sambil menjamah baki kuih raya.  Selepas maghrib kami berpecah. Aku, Abah dan anak-anak pergi ke Pantai Cahaya Bulan (PCB), bukan ada apa pun, cuma memandang ke laut yang gelap. Ada ahli rombongan yang masih bertenaga nak meronda di pasar malam Wakaf Che Yeh. Para warga emas pula dah mengantuk dan nampak katil ajer.

Refleksi cahaya bulan di permukaan laut dilihat dari PCB

Selepas puas lepak di PCB, kami pergi makan malam di Restoran Ayam Percik Yati di Jalan Long Yunus. Ramainya pelanggan walaupun jam sudah pukul 10 malam. Kami makan nasi putih dengan ayam percik dan daging masak kawah.  Sedappp. Patutlah kedai ni ramai pelanggan, makanannya enak.  Bila perut dah kenyang, mata pun jadi berat sangat. Apalagi ... tak sabar-sabar kami pulang ke hotel!!

Tuesday, August 28, 2012

Aidilfitri Yang Sibuk

Lama sungguh aku tak menjenguk blog aku nih.  Orang kata dah penuh sawang labah.  Memang aku betul-betul tak sempat. Sibuk yang bukan dibuat-buat.  Alhamdulillah, sepanjang Ramadhan aku sihat walaupun badan lemah sangat.  Entah kenapa aku tak lalu makan. Hilang selera waktu sahur dan berbuka.  Mujurnya aku mampu menunaikan ibadah tarawih sepenuhnya.  Alhamdulillah. Yang bestnya baju-baju banyak pulak yang longgar semasa menyambut Aidilfitri, hehehehe.  Tapi seminggu lepas raya ketat semula!!!!

Ok, aku ringkaskan aktiviti seminggu sebelum dan selepas raya macam kat bawah ni.

12 Ogos  -  kami mengadakan majlis khatam tadarus di masjid.  Alhamdulillah, seramai 15 orang muslimah dapat menyelesaikan tadarus tahun ni.  Tahun lepas 12 orang jer.  

14 Ogos - bersama Abah buat projek memasang langsir, buang sawang di syiling, cuci kipas angin, ubah sikit-sikit kedudukan perabot, janji berbeza sikit pemandangan dalam rumah.

15 Ogos - hari pertama Kaklong bekerja di Audit firm.  Waduh, lagi 5 hari nak raya, dah kena report duty.  Kuranglah seorang pembantu aku di rumah, yang selama ni rajin tolong sidai kain, lipat kain dan goreng-menggoreng di dapur.

16 Ogos - hari ni goreng kacang tanah, lepas tu blend dan simpan untuk buat kuah kacang.  Siang bawang, halia, lengkuas, cili kering dan simpan untuk digunakan hari sabtu nanti. 

17 Ogos - aku dan Abah ke pasar beli ayam, daging, santan, daun palas, sayur, mee, kueteow dll.  Balik dari market terus terduduk membersihkan ayam.  Petangnya aku cuba buat ketupat. Ini percubaan pertama buat sendiri-sendiri tau!!  Alamak, ketupat tu rasanya sedap berlemak, tapi keras. Kenapa yerk??  Kena tanya semula pada sifu apa yang tak kena.  Kerana letih sangat, hari ni minta anak-anak cari juadah pasar Ramadhan aje.  Malam ni malam terakhir ibadah tarawih.  Subhanallah.  Ya Allah, semoga aku diberi peluang untuk menunaikan lagi ibadah ini di tahun yang akan datang, ameen.

18 Ogos - alhamdulillah.  Semua anak ada di rumah. Boleh buat kerahan tenaga.  Ada yang kena gosok baju, ada yang kena potong daging buat rendang, ada yang kena cuci bilik air dan macam-macam kerja lagi. Mujur tak ada yang mogok dan tarik muka.  Hari ni aku masak rendang daging, kuah kacang, rebus nasi himpit segera, buat gulai tulang dan ayam masak merah.

Kelabu ... kelabu, tema tahun ini

Perhimpunan tahunan di rumah Pak Din (bapa saudara Abah yang paling tua )

19 Ogos - solat sunat Aidilfitri. Entah kenapa airmata berjurai-jurai semasa solat. Sayu hati memikirkan kiranya ini Ramadhan terakhir untuk aku ... Ya Allah, Engkau kurniakan aku nikmat keindahan Ramadhan ini di tahun yang akan datang. Aku akan merindui nikmat ini.  Selepas solat, kami menikmati nasi beriani dengan gulai tulang dan ayam masak merah sebelum bergambar.  Selepas zohor kami menziarahi pusara Arwah ibu dan bapa mertuaku sebelum menziarahi pula rumah ibu dan bapa saudara Abah (hanya tinggal 3 beradik yang masih hidup).

20 Ogos - bertolak ke rumah Emak di Perak sebelum bertolak pula ke Kuala Lumpur selepas solat Asar. Hujan lebat sepanjang jalan tapi mujurnya jalan ke arah Kuala Lumpur jumlah kereta tidak begitu banyak.  Bermalam di rumah adik ku Nita di Selayang.

Semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat.  Ameen

21 Ogos - berkonvoi ke Kajang untuk majlis akad nikah anak saudaraku Along.  Alhamdulillah dengan sekali akad, Along sah menjadi suami kepada Nadira.  Lepas tu check-in di homestay Presint 9 Putrajaya. Malamnya jalan-jalan keliling Putrajaya melihat keindahan malam sambil cari makan. Seronoknya Putrajaya kami yang punya, semua penghuni balik kampung kut?  Nak makan kat mana, semua kedai makan masih tutup. At last pekena mee mamak di kedai nasi kandar mamak ler.


Ronda-ronda Putrajaya

22 Ogos - breakfast makan roti canai, kedai mamak aje yang buka hari ni. Lepas tu ronda-ronda lagi kat Putrajaya. Tapi anak-anak dara ni mengada-ngada sikit. Tak mau lama-lama, cuaca panas, takut mekap cair. Grrrr!!!  Lepas solat, pukul 2 petang barulah kami check-out (dengan izin tuanpunya homestay lah).  Cadang nak pergi rumah adik ku Mimi di Shah Alam, malangnya dia dah pergi beraya di rumah ipar-duainya pula.  Terus cari kedai makan.  Ohhh no!!! Mamak again?? Tak ada pilihan, makan ajerlah.  Selepas tu terus shoot balik ke Penang. Alhamdulillah, walaupun kereta banyak tapi perjalanan lancar. Cuma hujan sepanjang jalan menyebabkan kenderaan tak boleh nak speed takut jalan licin.  Tiba di Penang pukul 8 malam. Malam ni tak mau dah makanan mamak. So telefon Domino pizza aje.

23 dan 24 Ogos - menerima kunjungan adik-beradik yang datang beraya ke rumah.

25 Ogos - awal pagi dah masuk dapur dengan anak-anak. Masak lontong dan mee kari.  Tengahari ada kenduri kahwin anak kawan Abah. Pukul 2 kawan-kawan Kakngah dan Puteri Bongsu datang berkunjung ke rumah.  Hrmm nampaknya mee kari yang laku, lontong boleh simpan untuk sarapan pagi esuk.

26 Ogos - berhari-raya di rumah saudara-mara di Gurun dan Sungai Petani.

27 Ogos - kembali kepada rutin asal. Anak-anak mula belajar seperti biasa. Kaklong pula mula bekerja semula. Tinggallah hanya aku dan Abah di rumah. 

Friday, August 10, 2012

8 Hari Lagi?

Pejam celik pejam celik, hari ni dah 21 Ramadhan. Dalam fasa 10 malam terakhir.

Subhanallah. Apa perasaan aku sekarang?  Sedih dan pilu.  Pelik!! mungkinkah ini perasaan setiap orang yang dah masuk fasa warga emas??

Dulu bila time dekat nak raya nih, hati kembang berbunga-bunga.  Seronoknya tak terkata.  Waktu ni satu kampung berbau harum dengan aroma buahulu, kuih bangkit, kerisik, kuih siput, kuih kapit yang dibakar dan goreng oleh kaum ibu.  Asap kecil kelihatan berkepul-kepul dari bawah rumah. Maklum waktu dulu kalau nak bakar kuih kena guna sabut kelapa untuk bakar di bahagian bawah dan atas acuan. Rasa dan aroma kuihnya, masyaallah punyalah sedap.  Kini hanya tinggal kenangan.

Dulu time ni Emak dah siap menjahit baju kurung dan langsir.  Baju kami sama aje warna dan bunganya.  Kami ada 5 beradik perempuan, berderetlah 5 gadis kecik ni dengan baju yang sama. Waktu tu megah dan seronok. Sekejap-kejap pakai, lepas tu simpan, esuk pakai balik, lepas tu simpan, sampailah tiba hari raya.  Hehehe, baju pun emak buat 2 pasang seorang. Itupun dah kira rahmat dan mewah masa tu.  Langsir pulak Emak simpan. Tunggu last minute baru pasang.  Baru ada thrill and surprise pada pagi raya.  Hehehhe, waktu tu semua rajin berebut nak tolong Emak pasang langsir.  Kini hanya tinggal kenangan.

Di rumah inilah aku membesar. Setelah 50 tahun berlalu, rumah ini telah melalui pelbagai transformasi
 rekabentuk, saiz dan persekitaran.  Tapi aku tetap bangga dan sayangkan rumah ini

Waktu ni di kampung dah mula pasang pelita atau panjut keliling rumah.  Itu kerja anak lelaki.  Mereka yang pandai buat kerja-kerja macam tu.  Kami yang perempuan kena tunggu dalam rumah tolong gentel kuih siput, lap pinggan mangkuk, kemas ruang tamu dll.  Bila malam hari kami duduk ramai-ramai di beranda rumah tengok suasana laman yang cerah dengan panjut.  Apak tak mau bagi main mercun dan bunga api waktu ni.  Lagi 3 hari sebelum raya baru kami diberi kebenaran bermain.  Jadi kami gunakan waktu ni melepak sambil nyanyi lagu raya. Heeeheheeh ... bukan nak pergi tarawih.  Semoga Allah mengampunkan kelalaian kami ketika itu.  Aku merindui kegirangan kami bercanda di beranda mengadap laman yang terang benderang.  Ahhh memang mencetuskan kesayuan di hati. Kini hanya tinggal kenangan.

Tapi kini perasaan aku berubah.  Tiada lagi rasa teruja menunggu tibanya lebaran, yang ada hanya rasa sayu dan pilu.  Tersedar umur yang semakin semakin jauh, garisan penamat semakin hampir. Bulan yang penuh rahmat akan berlalu pergi.  Ramadhanlah bulan di mana segala amalan mendapat ganjaran berlipatganda.  Rasanya tidak cukup aku mengambil peluang yang diberikan. Masih banyak masa di mana aku hanyut dan terlalai. Rasanya masih terlalu kurang amalan yang dikumpul.  Terlalu sedikit pahala yang nak dibawa ke sana. Terlalu banyak dosa yang telah dipungut.  Ya Allah,  ampunkan segala dosa yang telah, sedang atau akan aku lakukan. Terimalah segala amalanku dan kurniakan aku keredhoanMu.  Panjangkan umurku dalam iman dan berikan kesempatan untuk aku bertemu Ramadhan yang akan datang. Ameen

Monday, July 23, 2012

Terkenang Keindahan Itu


Hari ni hari ke-3 berpuasa.  Subhanallah, cuaca redup sejak dari pagi.  Terasa nyaman sangat. Berbeza dengan semalam, panas terik dari pagi hingga lewat petang. Hingga anak-anak merungut letih dan lapar.  "Sabar yang,  inilah dugaan Ramadhan. Lagi banyak dugaan, lagi kita sabar, lagi besar pahala".  

Sebenarnya kata-kata itu untuk memujuk diri aku juga.  Aku benar-benar terasa letih, rasa nak melepek ajer.  Kalau ikutkan malas dan letih, aku nak tidor ajer.

Tetapi bila mengenangkan besarnya ganjaran Ramadhan aku pujuk anak-anak untuk pergi menunaikan tarawih.  Mereka akur, tapi dengan muka muncung. Setelah 8 rakaat aku benarkan mereka pulang.  Aku dan Abah sambung sampai habis.

Subhanallah.  Aku pun hairan, dimana hilangnya letih aku siang tadi. Semasa bertarawih, tenagaku datang kembali.  Mungkin setelah berbuka dengan tamar 3 biji, sesenduk nasi dan lauk-pauk (aku tak berani makan banyak takut perut sengkak dan berangin semasa tarawih) dan satu mug minuman nestum, Allah kurniakan semula tenaga.  Aku juga sentiasa berdoa semoga Allah memberikan aku kekuatan fizikal, mental dan iman untuk mengutip kelebihan Ramadhan ini. Siapa tahu, mungkin ini Ramadhan terakhir untuk kita. Wallahualam. Mungkin juga suasana dalam masjid yang dingin dan nyaman memberi kesegaran pada tubuh.  Atau bacaan yang merdu bagi juzuk ke-3 oleh Imam (seorang anak muda) membuatkan aku teruja untuk menghabiskan 20 rakaat solat ini. Semua faktor itulah yang memberi kekuatan kepadaku.

Selain beribadat, memakai telekung untuk shopping, makan-makan atau menziarah tempat bersejarah
adalah perkara biasa di tanah suci Mekah dan Madinah

Satu yang jelas menjadi trend ialah suasana di bualan Ramadhan ini bagaikan berada di tanah suci Mekah dan Madinah.  Hampir 80% jemaah wanita memakai telekung semasa pergi dan balik dari masjid.  Dalam perjalanan pulang dari masjid mereka singgah di kedai 7Eleven, KFC, Pizza Hut atau mini-market dengan telekung tersebut tanpa rasa janggal.  Oranglain terutama bangsa asing juga kelihatan telah dapat menerima suasana ini tanpa rasa memandang pelik. Suasana ini berbeza dengan beberapa tahun lalu, dimana hanya orang-orang yang berumur sahaja yang berbuat demikian.

Ya Allah, indahnya Ramadhan ini.  Kurniakan kami dengan rahmatMu yang melimpah-ruah. Angkatkan segala dosa-dosa kami dan kurniakan kami keredhoanMu.  Terimalah amalan kami dan jadikan kami hambaMu yang mendapat kemenangan hidup di dunia dan akhirat. Ameen

Saturday, July 21, 2012

Rabbani - Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan dengan lirik

Alhamdulillah .... Allah SWT memberi kita peluang sekali lagi untuk menikmati keindahan Ramadhan yang penuh barkah.  Jangan lepaskan peluang mengutip ganjaran yang berlipat-ganda.

Semoga kita dapat melaksanakan Ramadhan kali ini lebih sempurna dari tahun-tahun sebelum ini.


Wednesday, July 11, 2012

Orang Malu Selalu Rugi

Malu itu separuh dari iman. Jadi kita harus ada sifat malu. Malu kepada Allah kerana selalu melakukan kemungkaran dan ingkar perintahNya. Malu kepada Rasulullah kerana tidak menjadi umat yang mencontohi akhlaknya.  Malu kepada orang sekeliling kerana bersikap menyombong diri, ego, selfish, kedekut, malas dsbnya. Pendek kata kita mesti malu apabila melakukan perkara-perkara tidak baik.

Tetapi kita jangan malu untuk melakukan kebaikan.  Bulan Syaaban kian sampai ke hujungnya. Lakukan sebanyak mungkin ibadah untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak. Sebenarnya tidak ada bulan-bulan atau hari-hari tertentu untuk kita meningkatkan beribadat, sebab kita tidak tahu bila Izrail akan menjemput kita. Tetapi kita boleh menjadikan ketibaan bulan-bulan istimewa ini sebagai pemangkin untuk kita menjadi lebih baik pada hari-hari seterusnya.  Insyaallah.

Begitu juga dengan bab keduniaan. Jangan malu untuk berusaha menjadi lebih baik dalam kehidupan seharian. Jangan takut orang mengata dan mengeji, kalau kita yakin apa yang kita buat tidak melanggar hukum syarak.

Begitulah juga aku.  Dalam berniaga aku tidak boleh bergantung semata-mata kepada perniagaan online. Kekadang impaknya agak perlahan. Maklumlah bukan semua orang menggunakan internet. Tak semua orang juga suka berurusan secara online. Terutama perniagaan aku Spectrum Creations yang melibatkan fabrik.  Pembeli nak pegang-pegang kain tu. Kalau baju, tudung atau telekung mereka nak pakai depan cermin dulu, kalau selesa baru mereka akan beli.

Tudung bawal  MOO (lembu) yang dapat sambutan hangat

Telekung vietnam sulam benang perak sangat digemari


Sudah lama aku bercadang hendak menjual terus kepada teman-teman di pejabat lama ku dulu. Tetapi sifat malu yang tebal menguasai aku. Pelbagai prasangka bermain di fikiran. "Malulah bekas manager sekarang dah jual kain!!!" "Duit tak cukup kut, tu yang kena jual kain!!!" Ahh, ego juga menguasai aku.

Tetapi aku terpaksa tepis semua itu. aku patut megah menjadi my own boss. Aku free nak bekerja bila aku suka. Kalau aku rajin, rezeki masuk banyak. Kalau aku malas, rezeki pun slow.  So dengan Bismillah aku mulakan langkah. Hari ni aku pergi ke lokasi A untuk menjual hasil daganganku (aku pastikan aku  pergi sewaktu lunch break supaya tidak mengganggu waktu kerja mereka). Alhamdulillah, tanpa disangka-sangka sambutan memang mengejutkan. Aku tak pasti mereka membeli kerana memang memerlukan tudung dan telekung sempena Ramadhan yang hampir tiba, atau kerana mereka kasihankan aku. Tak kisahlah, yang penting terima kasih kengkawan kerana menyokong aku. 

Selepas ni aku akan pergi ke lokasi B dan C pulak. Harapanku agar sambutan yang serupa aku terima di pejabat-pejabat tersebut. Kalaulah aku dah mulakan langkah ini lebih awal dulu, tentu sekarang aku dah jadi orangkaya. Heheheheheh.  Betullah tu, kadang-kadang malu tak bertempat menyebabkan kita rugi.

Saturday, July 7, 2012

Kenduri Saat-saat Akhir

Dah pertengahan Syaaban. Dua minggu lagi dah nak masuk Ramadhan.  Semua orang pakat jadi kalut. Terasa meriah sangat nak menyambut Ramadhan yang cara yang tersendiri.

Ada yang mengambil kesempatan memperbanyakkan ibadah puasa sunat, solat sunat dan bersedekah di bulan Rejab dan Syaaban. Banyak masjid dan surau mengadakan solat sunat Tasbih dan qiamullail. Ada yang kalut nak ganti puasa.  Ada yang kalut nak menempah baju, puaslah memujuk tailor yang dah lama tutup tempahan.  Ada yang kalut menghantar sample kuih ke pejabat-pejabat untuk tempahan, maklumlah sekarang masih boleh merasa sample kuih.  Aku dan Spectrum Creations pulak sibuk menawarkan telekung untuk yang nak bersedekah telekung atau pakai telekung baru untuk ibadah tarawih dan solat sunat Aidilfitri.

Telekung sulam tebuk Vietnam

Tetapi waktu ini juga aku kalut memenuhi jemputan kenduri. Setiap hujung minggu pasti jadual dipenuhi dengan menghadiri majlis kenduri kahwin.  Berduyun-duyunlah bersama sahabat-handai dan saudara-mara, sekejap ke utara, sekejap ke selatan menghadiri walimatul-urus. Tak hadir berdosa pula. Memenuhi jemputan itu satu tuntutan.

Seronok berjumpa ipar, biras, sepupu, emak penakan, pak penakan ...

Paling aku seronok menghadiri kenduri saudara-mara atau bekas teman sepejabat. Waktu inilah dapat berjumpa semula saudara atau sahabat yang telah lama terpisah.  Ada yang semakin berisi tubuh badan, ada yang makin slim, ada yang yang dah penuh warna putih di rambut dan misai, ada yang dah bercucu ... ahhh, macam-macam perkembangan terkini.

Selesai kenduri, konvoi round island dan singgah makan mee udang
kat Teluk Kumbar

Seronoknya bila dah pergi tempat jauh-jauh tu, bermulalah aktiviti sambil menyelam minum air. Setelah selesai kenduri, berehat sekejap, mulalah nak cari makan petang pulak.  Yang lecehnya di sebelah Pulau Pinang, petang Ahad banyak kedai atau gerai makan yang tutup.  Kata Abah, "tokey dan pekerja restoran pun  nak pi kenduri jugak".  Hrmmm sendiri rugilah, waktu ni ramai orang jalan-jalan cari makan bersama keluarga, kedai pulak tutup.

Jemputan terakhir aku terima adalah seminggu sebelum puasa, 15 Julai 2012.  Menurut ibu pengantin, hanya waktu itu sahaja dewan kosong untuk majlis kenduri.  Katerer pun waktu ni dah relaks sikit, mau menerima tempahan kenduri. Tak kisahlah, janji majlis berjalan lancar.  Kepada semua pengantin baru, selamat menempuh alam perkahwinan yang penuh dugaan.  Kata ustaz, dugaan di bulan Ramadhan lagilah hebat!!!

Wednesday, July 4, 2012

Berkelah Di Bendang Man - 16 Jun 2012

Sudah beberapa tahun kami tidak mengatur aktiviti perkelahan. Semenjak anak-anak dah makin besar, semua keluarga sukar berkumpul.  Anak sidia kena tunggu cuti sekolah, anak dia pulak U  tak cuti, dia pulak pergi umrah, dia pulak ada kenduri di sana-sini.  Ahhh, tak boleh jadi, kalau nak tunggu semua available, langsung satu aktiviti pun tak boleh jalan. Kami aturkan juga percutian kali ini. Sapa boleh join, silakan.  Sapa ada hal, minta maaflah, mungkin boleh join lain kali.

Resort kami duduk - 4 unit saling berdepan, mudah nak gossip

Kami google dan risik sana-sini. Keutamaan adalah tempat peranginan di Kedah, Perlis atau Pulau Pinang. Akhirnya terjumpa satu tempat iaitu Keda Resort Bendang Man.  Bendang Man tu di mana?  Nak tau di mana, baca kat SINI.  

Kami tempah 4 buah resort untuk 4 keluarga.  Resortnya baru dan lengkap dengan kemudahan asas seperti bilik air, pendingin udara, TV astro, almari pakaian dan tempat membancuh minuman.  Sayangnya tak der peti sejuk aja.  Tilam dan bantal pun keras lagi. Setiap resort mempunyai 2 katil bujang, 3 tilam dan 3 bantal tambahan.  Memang selesa untuk keluarga 5 beranak.  

Air tangan 5 chef - Prai, Sungai Petani, Gurun, Alor Setar

Emak dengan maktok syok makan, cucu dok merajuk ... heheheh

Setiap keluarga berpakat membawa satu jenis resipi untuk makan tengahari. Sesampai aje kami di resort ini, jam dah tepat pukul 12.45 tengah hari. Apa lagi, kami bentang tikar di tengah halaman antara 4 resort itu dan mula menyuap makanan dengan seleranya. Ada kari ikan, udang goreng kunyit, rendang ayam, daging kicap, bilis goreng dan sayur goreng.  Sekejap jer dah kosong 2 rice cooker bersaiz besar.

nak mandi, tapi air cetek sangat

Opppp ... terlondeh

Selepas berehat dan solat, kami menuju ke kawasan jeram Sungai Chepir yang terletak di hadapan resort kami. Walaupun cuaca panas, air jeram ini sungguh sejuk dan buat kami menggeletar. Memandangkan sekarang musim panas, air jeram agak cetek tetapi arusnya masih deras.  Sambil mandi kami bergurau-senda dan berbual mesra. Tercapailah hajat untuk mengeratkan silaturrahim semua ahli keluarga Abah.

sesi minum petang

Petangnya kami dikunjungi oleh keluarga Pak Tua yang tidak dapat menginap di sini kerana perlu menziarahi ibu mertua yang sakit kuat.  Bermacam jenis juadah seperti murtabak, kuih lapis, karipap dan bengkang dibawa.  Berteman teh o panas dan kopi o kaw-kaw, kami menjamu perut yang sudah kosong semula.  

Makan malam kami simple ajer.  Menghabiskan segala lauk yang masih berbaki.  Alangkah baiknya kalau kami dapat membuat BBQ di sini, tentu sangat berselera makan dalam suasana malam yang sejuk dan sunyi sepi dari hiruk-pikuk kenderaan.  Sembang punya sembang, jam 12 baru kami masuk tidor.

Keesukan paginya kami memasak nasi goreng kerabu dan roti bakar dicicah dengan gulai ikan. Mujurnya Mak Usu membawa dapur mininya.  Rupanya berselera sungguh makan roti bakar cicah kuah semalam. Tak sempat roti nak garing, semua berteriak minta cepat ... hahahha, macam piranha kelaparan.

Kami bermandi-manda lagi selama beberapa jam sebelum berkemas dan check-out pada pukul 2.30 petang.  Perut semua dah lapar, stok makanan pun dah habis, tak mau berlengah lagi kami menuju ke Pekan Jeniang untuk makan tengah hari.