Monday, June 20, 2011

Durian??? No .. No

Anak-anak bersorak seronok - inilah masanya mereka nak mengusik aku. Abah membuka sebiji durian dengan isi kuning yang tebal. Baunya semerbak menyusuk hidung. Sambil makan, mereka melayang-layangkan durian itu di depan hidungku. Selalunya aku memberi respon dengan pura-pura pengsan. Abah pula mencebek sambil berkata, " King of Fruit, berebut-rebut orang cari. Mat saleh pun suka, tapi Melayu yang sorang ni tak suka pulak. Sombong". Please Abah, bukannya sombong. Tetapi memang sejak dari azali lagi aku tak suka durian. Samada durian mentah, tempoyak, dodol durian, lempok, atau kuah durian, semuanya telah aku cuba. Tetapi tekak ku tak dapat menerimanya.

Bukan aku seorang, malahan 3 dari 7 adik-beradik ku juga mempunyai "masalah" yang sama. Ironinya, di belakang rumah kami di kampung dahulu terdapat beberapa pokok durian. Bila durian jatuh berdebuk, kami yang kalut berebut memungutnya.

Tetapi ... buah-buahan tempatan lain semuanya aku suka. Alhamdulillah, kebetulan musim kali ini durian masak serentak dengan mempelam dan rambutan. Jadi aku tidaklah kempunan melihat mereka menjilat-jilat isi durian dengan penuh nikmat, kerana aku juga dapat menikmati mempelam dan rambutan yang manis melecas ... adil dan saksama. Anak-anak dan Abah makan durian di meja makan, aku sorang-sorang makan rambutan dan mempelan di ceruk dapur.

Alahai.

No comments: